Sidang
teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan
seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku
ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"
"Akikkk?
Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang
hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan
nada yang sangat teruja.
Kawan yang peitama itu berkata: "Soal
aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap
kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.
Tapi
itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun
berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.
Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.
Saya
kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya,
ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut
menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah
atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu
“Hang jangan
dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap
terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja
mencabar.
Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah
berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan
soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.
Helah
berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang
penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau
tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.
Setelah reda
sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula
ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan,
isterinya.
Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang,
tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng,
datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.
Maka, dia pun bĂ©rkata: “Orang lelaki, kaiau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"
“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.
Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."
Yakin
hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang
sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah
sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat
menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang
pertama itu.
Namun dia tidak sedan isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.
“Ok,
abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa
Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu).
Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"
Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."
"Ok, pandai pun abang ingatkan dah lupa."
Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.
Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"
“Satu!"
“Abang mampu atau tidak?"
“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”
“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"
"Ye, abang mampu!"
"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.
“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.
“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"
"Alamak! MAMPUS!"
---- sumbangan: Fauzi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar